TIP BULAN BARAKAH...
8:49 PTG |
TIP MENGHADAPI BULAN RAMADHAN MUBARAK !!!!
LANGKAH 1
Berdoalah agar Allah
swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam
keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah
secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas
bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu
berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”
Ertinya, “ Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan
sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (Riwayat. Ahmad dan Tabrani) Para
salafus-salih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan;
dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan,
mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni
wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya,
“Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan,
keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan
amalan yang engkau cintai dan redhai.”
LANGKAH 2
Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia
Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab
Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan
diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda
syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di
antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika
dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan
telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan
memuji Allah sebagai bentuk syukur.
LANGKAH 3
Bergembiralah
dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar
gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang
kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan
kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga
dan menutup pintu-pintu neraka.” (Riwayat Ahmad). Salafus-salih sangat
memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak
ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan kerana bulan
itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.
LANGKAH 4
Rancanglah
agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan.
Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang
berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.
LANGKAH 5
Bertekadlah
mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah,
maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya
melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap
Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Muhamad (47): 21]
LANGKAH 6
Pelajarilah
hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin
beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa
sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah.
“Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,”
begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.
LANGKAH 7
Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa
dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan.
Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai
orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [An-Nur (24): 31]
LANGKAH 8
Siapkan
jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs.
Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa.
Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan
LANGKAH 9.
Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan
dengan: seperti membuat catatan kecil untuk tazkirah tarawih serta selepas
solat subuh dan zuhur serta membahagikan buku saku atau selebaran yang berisi
nasihat dan keutamaan puasa.
LANGKAH 10
Sambutlah
Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan
nasuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan
menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri, anak, dan karib
kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan
menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling
baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.
AMALAN BULAN RAMADHAN
7:26 PTG |
AMALAN SEMPENA
BULAN RAHMAT (RAMADHAN)
“Adalah penting bagi kita
untuk mengetahui kalam Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam bab kaifiat
dan fadhilat ibadah. Ini kerana ia
merupakan janji benar yang menjadi jaminan yang kukuh untuk kita berpegang
dengannya. Menjadi sumber motivasi buat
orang-orang yang beriman.
Berikut adalah beberapa
hadith Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan kepada kita
bagaimana untuk mendapatkan impak maksima dari kebaikan Ramadhan. Saya telah memetiknya dari kitab
Riyadhus-Solihin susunan Imam Nawawi dan beberapa kitab muktabar yang
lain. Semoga kita semua dapat
mengamalkannya, insyaALLAH.
1. Keutamaan Sahur Dan Mentakhirkannya
Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
Dari Anas radhiAllahu
‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bersahurlah kamu sekalian kerana
sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Zaid bin Tsabit
radhiAllahu ‘anhu berkata: “Kami sahur
bersama-sama dengan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam, kemudian kami melaksanakan
solat.” Ada seseorang bertanya: “Berapa lama antara sahur dengan solat
itu?” Ia menjawab: “Kira-kira 50 ayat.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari ‘Amr bin ‘Ash
radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kelebihan puasa kami dan puasa ahli Kitab
adalah adanya makan sahur.” (HR Muslim)
2.
Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
Dari Sahl bin Sa’d
radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Manusia itu selalu dalam kebaikan selama
mereka segera berbuka puasa.” (HR
Bukhari & Muslim)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu
berkata: “Rasulullah sallAllahu ‘alaihi
wasallam sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak)
sebelum solat. Jika tidak ada ruthob
(kurma yang baru masak), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam berbuka dengan
tamar (kurma yang sudah kering). Jika
tidak tamar (kurma yang sudah kering), maka beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam
meneguk air beberapa teguk.” (HR Abu
Daud dan At-Turmudzi)
3. Berdo’a sepanjang berpuasa dan ketika berbuka.
Diriwayatkan oleh Turmudzi
dengan sanad yang hasan, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Ada 3 golongan yang tidak
ditolak do’a mereka, iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin
negara yang adil dan orang yang teraniaya.”
4.
Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
Dari Abu Hurairah
radhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alahi wasallam bersabda: “Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu,
apabila salah seorang di antara kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata
kotor dan janganlah bertengkar/berteriak.
Apabila ada seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka
hendaklah ia berkata: “Sesungguhnya aku
sedang berpuasa””. (HR Bukhari &
Muslim)
Abu Hurairah radhiAllahu
‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
‘Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka
Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari)
5.
Bersiwak atau menggosok gigi.
Amir bin Rabi’ah
berkata, “Saya melihat Nabi sallAllahu
‘alaihi wasallam bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa. Kerana seringnya, maka saya tidak dapat
membilang dan menghitungnya.” (HR
Bukhari)
Abu Hurairah radhiAllahu
‘anhu mengatakan bahwa Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Andaikan
tidak memberatkan umatku, niscaya mereka kuperintahkan bersiwak pada setiap
kali berwudhu.” (HR Bukhari)
6.
Bermurah hati dan banyak menderma.
Dari Ibnu Abbas radhiAllahu
‘anhu katanya: “Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam adalah seorang yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu
lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril. Biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam
bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari al-Quran.
Maka Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam lebih murah hati melakukan
kebaikan dari angin yang bertiup.” (HR
Bukhari)
7.
Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran.
(Hadith Ibnu Abbas di atas
menyatakan bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bertadarus
(mempelajari al-Quran) dengan Jibril pada setiap malam Ramadhan.)
Membaca al-Quran adalah
amalan biasa ummat Islam, tetapi sempena bulan Ramadhan, hendaklah kita
tumpukan betul-betul dan menggandakannya.
Para ulama apabila tibanya bulan Ramadhan akan memberhentikan kuliah
yang diajar mereka dan menumpukan kepada mempelajari al-Quran. Membaca untuk memahami al-Quran yakni mentadabbur
al-Quran adalah lebih utama dari membaca laju untuk mengkhatamkannya beberapa
kali pada bulan Ramadhan.
8.
Memberi makan untuk berbuka puasa.
Dari Zaid bin Khalid
Al-Juhanny radhiaAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Barangsiapa yang memberi
makan untuk berbuka orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala seperti pahala
orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang
berpuasa itu.” (HR At Turmudzy)
9.
Mendirikan malam dengan solat sunnat (solat Tarawih)
Dari Abu Hurairah
radhiAllahu ‘anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam telah
bersabda: “Barangsiapa yang mengerjakan
solat sunnat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya
mengharapkan pahala dari ALLAH, maka akan diampunilah dosanya yang telah
lalu.” (HR Bukhari & Muslim)
10.
Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
Aisyah radhiAllahu ‘anha
berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam apabila masuk sepuluh terakhir bulan Ramadhan. diramaikannya
waktu malam, dibangunkannya ahli keluarganya dan diikat erat kain
sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)
11.
Beriktikaf pada 10 terakhir Ramadhan.
Dari Ibnu Umar radhiAllahu
‘anhu berkata: “Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan
Ramadhan.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Aisyah radhiAllahu
‘anha berkata: “Rasulullah sallAllahu
‘alaihi wasallam selalu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan
sehingga Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam dipanggil ALLAH Ta’ala, kemudian
setelah beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam wafat, isteri-isterinya meneruskan
kebiasaan Beliau itu.” (HR Bukhari &
Muslim)
Semoga kita semua dapat
mengambil pengajaran yang besar dari hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi
wasallam di atas. Janganlah dilepaskan
peluang untuk mendapatkan pahala yang besar hasil dari usaha kita untuk
bersungguh-sungguh melaksanakan sunnah di atas.
Selain dari sunnah yang
telah dinyatakan di atas, jangan lupa dan meremehkan lain-lain sunnah
Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam seperti senyum, beri salam, solat jamaah
di masjid, berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran, beri tadzkirah,
merendah diri dan lain-lain.
Mudah-mudahan hidayah dan
taufiq menyinari hati dan jiwa kita semua dan mudah-mudahn melekat ke dada kita
semua akan nilai besar Taqwa, amin.
MARILAH KITA SUSURI KEINDAHAN RAMADHAN...
4:19 PG |
KEISTIMEWAAN
BULAN RAMADHAN
1.
RAMADHAN JALAN MENUJU KETAQWAAN
Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang
beriman, diwajibkan atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan atas kaum sebelum
kamu, agar kamu bertaqwa”. (Al Baqarah: 183).
Ayat di atas menerangkan bahawa puasa
adalah sebab yang boleh mengantarkan pelakunya menuju ketaqwaan, kerana puasa
mampu meredam syahwat. Ini sesuai dengan salah satu penafsiran yang disebutkan
Imam Al Qurthubi, yang berpadukan kepada hadits riwayat Imam Ahmad yang
menyebutkan bahawa puasa adalah perisai.
2.
Ramadhan bulan mujahadah
Para ulama’ salaf adalah suri tauladan
bagi umat, mujahadah mereka dalam mengisi bulan Ramadhan amat perlu dicontoh.
Seperti Imam Asyafi’i, dalam bulan Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran dua
kali dalam semalam, dan iti dikerjakan di dalam solat, sehingga dalam bulan
Ramadhan beliau menghatamkan Al-Quran enam puluh kali dalam sebulan. Imam Abu
Hanifah juga menghatamkan Al-Quran dua kali dalam sehari selama Ramadhan.
3.
Puasa Ramadhan menumbuhkan sifat amanah
Wahbah Zuhaili dalam bukunya Al Fiqh Al
Islami berpendapat bahawa puasa mengajarkan rasa amanat dan muraqabah di
hadapan Allah Ta’ala, baik dengan amalan yang nampak mahupun yang tersembunyi.
Maka tidak ada yang mengawasi seseorang yang berpuasa agar menghindari hal-hal
yang dilarang dalam berpuasa kecuali Allah Ta’ala
4.
Puasa Ramadhan melatih diri berdisiplin
Puasa juga melatih diri berdisiplin ,
Wahbah Zuhaili menjelaskan bahawa seorang yang berpuasa harus makan dan minum
dalam waktu yang terbatas. Bahkan dalam berbuka puasa pun harus disegerakan.
5.
Puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidaritas sesama muslim
Wahbah Zuhali juga menjelaskan bahawa
puasa Ramadhan menumbuhkan rasa solidariti di antara sesama muslim. Pada bulan
ini semua umat Islam, dari timur hingga barat diwajibkan untuk menjalankan
puasa. Mereka berpuasa dan berbuka dalam waktu yang sama, kerana mereka
memiliki tuhan yang satu.
Seorang yang merasa lapar dan dahaga
akhirnya juga boleh turut merasakan kesengsaraan saudara-saudaranya yang
kekurangan atau tertimpa bencana. Sehingga tumbuh perasaan kasih sayang
terhadap umat Islam yang lain.
6.
Puasa Ramadhan melatih kesabaran
Bulan Ramadhan adalah bulan puasa di mana
pada siang hari kita diperintahkan meninggalkan makanan yang asalnya halal,
terlebih lagi yang haram. Begitu pula di saat ada seseorang mengganggu kita.
Rasulullah Saw. bersabda: “Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya
ia berkata 'Sesungguhnya aku sedang puasa." (HR. Bukhari)
7.
Puasa Ramadhan menyihatkan
Rasulullah bersabda: ”Berpuasalah, maka
kamu akan sihat” (HR. Ibnu Sunni), ada yang menyatakan bahawa hadits ini dhoif,
akan tetapi ada pula yang menyatakan bahawa darjat hadits ini sampai dengan
tingkat hasan (lihat, Fiqh Al Islami wa Adilatuh, hal 1619).
Tapi makna hadist masih boleh diterima,
kerana puasa memang menyihatkan. Al Harits bin Kaldah, tabib Arab yang pernah
mengabdi kepada Rasulullah Saw. juga pernah menyatakan:”Perut adalah tempat
tinggal penyakit dan sedikit makanan adalah ubatnya”.
8.
Lailatul Qadar adalah hadiah dari Allah untuk umat ini
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam Al
Muwatha’, dia telah mendengar dari seorang ahlul ilmi tsiqah yang telah
mengatakan: “Sesungguhnya telah diperlihatkan usia-usia umat sebelumnya kepada
Rasulullah Saw., atau apa yang telah Allah kehendaki dari hal itu, dan
sepertinya usia umat beliau tidak mampu menyamai amalan yang telah dicapai oleh
umat-umat sebelumnya, maka Allah memberi beliau Lailatul Qadar yang lebih baik
daripada seribu bulan.” (HR. Malik).
9.
Ramadhan bulan ampunan
Bulan Ramadhan adalah bulan ampunan,
Rasulullah Saw. bersabda: “Dan siapa yang berpuasa Ramadhan dengan dasar
keimanan dan pengharapan redha Allah, diampunkan untuknya dosa yang telah
lalu.”(HR. Bukhari)
10.
Siapa yang dilihat Allah, maka ia terbebas dari azab-Nya
Dari Jabir bin Abdullah ra. Rasulullah
Saw. bersabda: ”Pada bulan Ramadhan umatku dianugerahi lima perkara yang tidak
diberikan kepada nabi-nabi sebelumku. Yang pertama, sesungguhnya jika Allah
melihat mereka di awal malam dari bulan Ramadhan, dan barang siapa yang telah
dilihat Allah maka Ia tidak akan mengazabnya selamanya…” (HR. Baihaqi).
Selama Ramadhan, Imam Syafi’i
menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.
11.
Bau mulut orang berpuasa lebih harum dari kasturi di hadapan Allah
Rasulullah Saw. bersabda:”…Yang kedua,
sesungguhnya bau mulut mereka ketika siang hari lebih harum di hadapan Allah
daripada bau kasturi…” (HR. Baihaqi).
12.
Di Bulan Ramadhan para malaikat meminta ampunan untuk umat ini
Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang
ketiga, sesungguhnya para malaikat meminta ampunan untuk mereka siang dan
malam…” (HR. Baihaqi).
13.
Di bulan Ramadhan syurga berbenah diri
Rasulullah Saw. bersabda:”…Adapun yang
keempat, sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla memerintahkan syurga-Nya, Ia
berfirman: “Bersiap-siaplah, dan hiasilah dirimu untuk para hamba-Ku, sehingga
mereka boleh segera beristirehat dari kelelahan (hidup di) dunia menuju
negeri-Ku dan kemuliaan-Ku…” (HR. Baihaqi).
14.
Di malam akhir Ramadhan Allah mengampuni umat ini
Rasulullah Saw. bersabda: ”…Adapun yang
kelima, sesungguhnya jika tiba malam terakhir Ramadhan Allah memberi ampun
kepada mereka semua. Lalu bertanyalah seorang lelaki dari sebuah kaum: ”Apakah
itu lailatul qadar? Ia bersabda:” Bukan, apakah kau tidak mengetahui perihal
orang-orang yang bekerja, jika mereka selesai melakukan pekerjaan maka
ganjarannya akan dipenuhi. (HR. Baihaqi)
15.
Pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu
Rasulullah Saw. Bersabda: “Jika Ramadhan
tiba dibukalah pintu syurga dan ditutuplah pintu neraka serta syaitan-syaitan
dibelenggu. (HR. Bukhari).
Dalam Syarah Shahih Muslim, Qadhi Iyadh
menjelaskan bahawa makna hadits di atas boleh bermakna haqiqi, iaitu pintu
syurga dibuka, pintu neraka ditutup serta syaitan dibelenggu secara haqiqi,
sebagai tanda datangnya Ramadhan sekaligus pemuliaan terhadapnya. Tapi boleh
juga bermakna majaz yang mengisyaratkan besarnya pahala dan ampunan di bulan
itu, sehingga syaitan seperti terbelenggu.
16.
Pahala syuhada bagi yang melakukan kewajiban dan menghidupkan Ramadhan
Datanglah seorang lelaki kepada Nabi Saw.
Dan mengatakan: ”Wahai Rasulullah, tahukah anda jika saya telah bersaksi bahawa
tidak ada tuhan selain Allah dan sesungguhnya anda adalah utusan Allah, aku
juga telah melakukan solat lima waktu, juga telah menunaikan zakat, serta aku
telah berpuasa Ramadhan dan menghidupkannya, maka termasuk golongan siapakah
saya? Rasulullah Saw. Bersabda: “Termasuk dari orang-orang yang sidiq dan
syuhada’”. (HR. Ibnu Hibban dalam Shahihnya)
17.
Pahala amalan bulan Ramadhan berlipat ganda
Dari Salman ra., bahawasannya Rasulullah
Saw. berkhutbah di hari terakhir bulan Sya’ban: ”Wahai manusia, telah datang
kepada kamu bulan agung yang penuh berkat. Bulan yang terdapat di dalamnya
sebuah malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan yang Allah jadikan puasa
di dalamnya sebagai kewajiban, dan qiamul lail sebagai perkara yang
disunnahkan, barang siapa mendekatkan diri di dalamnya dengan perbuat
kebajikan, maka ia seperti mengerjakan kewajiban selainnya, dan barang siapa
mengerjakan kewajiban di dalamnya, maka ia seperti mengerjakan tujuh puluh
kewajiban selainnya…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya)
18.
Setiap hari dalam Ramadhan memiliki keutamaan
Rasulullah Saw. bersabda: “…Dia adalah
bulan yang permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah ampunan, serta
paripurnanya adalah pembebasan dari neraka…” (HR. Ibnu Huzaimah dalam
Shahihnya)
19.
Keutamaan memberi minum orang yang berpuasa
Allah akan memberi minum kelak di akhirat
Rasulullah Saw. bersabda: “Dan barang siapa memberi minuman orang yang berpuasa
maka Allah akan memberinya dari telaga minuman yang tidak menghauskan hingga ia
masuk ke dalam syurga”. (HR. Ibnu Huzaimah dalam Shahihnya).
20.
Sebaik-baik sedekah adalah sedekah di bulan Ramadhan
Rasulullah bersabda: “Sebaik-baik sedekah
aitu sedekah di bulan Ramadhan.” (HR.Tirmidzi)
Selama Ramadhan, Imam Syafi’i
menghatamkan Al-Quran enam puluh kali, dua kali dalam semalam di dalam solat.
21.
Doa mustajab di bulan Ramadhan
Diriwatkan dari Abu Umamah Ra, bahawa
Rasulullah Saw. bersabda:”...Dan untuk setiap muslim di setiap hari dan petang
(dalam bulan Ramadhan) doa yang mustajab (HR. Bazar).
Rasulullah juga bersabda:”Tiga yang tidak
tertolak doanya, orang yang berpuasa hingga berbuka, imam adil, dan doa orang
yang dizalimi”. (HR. Tirmidzi)
22.
Pahala umrah Ramadhan sama dengan haji
Rasulullah Saw. bersabda kepada seorang
wanita Anshar:”Jika datang Ramadhan maka lakukanlah umrah, kerana susungguhnya
umrah dalam bulan itu setaraf dengan haji.” (HR. An Nasa’i).
23.
Pahala i’tikaf di bulan Ramadhan sama dengan pahala 2 haji dan umrah
Sebuah hadits yang diriwayatkan oleh
Husain Ra. menyatakan, bahawa Rasulullah Saw. telah bersabda:”Barang siapa
menjalankan i’tikaf selama sepuluh hari di bulan Ramadhan maka amalan itu
seperti dua haji dan umrah (HR. Baihaqi)
24.
Dalam Ramadhan terdapat malam yang istimewa (Lailatul Qadar)
Allah berfirman:”Lailatul Qadar lebih
baik daripada seribu bulan”. (Al Qadr: 3).
Tentang ayat ini, Wahbah Zuhaili
menjelaskan bahawa menghidupkan Ramadhan dan melakukan amalan di dalamnya lebih
baik daripada menjalankan amalan dalam seribu bulan tanpa Ramadhan.
25.
Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan
Allah Ta’ala berfirman: “Bulan Ramadhan
yang diturunkan di dalamnya Al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan
penjelasan atas petunjuk itu, serta pemisah antara haq dan batil”. (Al Baqarah:
185)
Ibnu Katsir mengatakan bahawa Allah
Ta’ala menyanjung bulan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain, iaitu dengan
memilihnya sebagai bulan dimana Al-Quran diturunkan di dalamnya.
26.
Kitab-kitab suci diturunkan pada bulan Ramadhan
Rasulullah Saw. bersabda:”Shuhuf Ibrahim
turun pada awal malam pertama bulan Ramadhan, dan Taurat turun pada hari ke
enam bulan Ramadhan dan Injil pada hari ke tiga belas dari Ramadhan…” (HR.
Ahmad).
27.
Rasulullah mendapat wahyu pertama di bulan Ramadhan
Ketika Rasululah Saw. mendekati umur 40
tahun beliau selalu berfikir dan merenung serta berkeinginan kuat untuk
mengasingkan diri (uzlah), akhirnya dengan mempersiapkan bekal makanan dan
minuman beliau menuju gua Hira yang terdapat pada gunung Rahmah sebagai tempat
beruzlah, yang berjarak dua mil dari kota Mekah. Uzlah ini dilakukan tiga tahun
sebelum masa kerasulan. Tatkala datang Ramadhan pada tahun ketiga dari masa
uzlah, turun kepada beliau Malaikat Jibril mewahyukan surat Al Alaq yang
merupakan surat pertama yang diturunkan kepada Rasulullah Saw.
28.
Perang Badar terjadi pada bulan Ramadhan
Perang Badar adalah pemisah antara yang
haq dan yang batil, dan kaum muslimin sebagai simbol tauhid dan kemuliaan,
meraih kemenangan atas kaum musyrikin sebagai simbol kekifiran dan kebodohan.
Peperangan terjadi pada hari Jum’at, 27
Ramadhan, tahun kedua setelah hijrah. Allah Ta’ala berfirman: “Dan benar-benar
Allah telah menolong kamu di Badar sedangkan kalian dalam keadaan terhina, maka
takutlah kalian kepada Allah, semoga kalian bersyukur”. (Ali Imran: 123).
Ibnu Abbas mengatakan:”Saat itu hari
Jum’at, 27 Ramadhan, dan saat itu juga terbunuh Fir’aun umat, Abu Jahal, musuh
terbesar umat Islam.
29.
Mekah dikuasai pada bulan Ramadhan
Fathu Mekah adalah peristiwa besar, Allah
Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang
nyata”. (Al Fath:1).
Sebagian mufasirin berpendapat bahawa
yang dimaksud kemenangan di sini adalah peristiwa Fathu Mekah, walau ada
sebagian ulama’ yang menafsirkannya sebagai perjanjian Hudaibiya dan penaklukan
negeri Rum.
Peristiwa itu terjadi pada hari, tanggal
20 atau 21 Ramadhan, tahun ke lapan hijrah. Saat itulah semua berhala yang
berada di sekitar Ka’bah dihancurkan.
30.
Islam menyebar di Yaman pada bulan Ramadhan
Tahun ke sepuluh hijriyah pada bulan
Ramadhan Rasulullah Saw. menunjuk Ali bin Abi Thalib guna menjadi pemimpin
sejumlah pasukan untuk pergi ke penduduk Yaman dengan membawa surat yang berisi
ajakan untuk memeluk Islam.
SOALAN KUIZ TAHAP 2 SEMPENA PROGRAM
SEMARAK RAMADHAN 2014
I ) BERKAITAN DENGAN HUKUM.
1. Seorang
perempuan putus haid di siang hari adakah wajib dia berpuasa?
a) Wajib berpuasa.
b) Sunat berpuasa.
c) Harus berpuasa.
2. Adakah
wajib berimsak (menahan) dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, beberapa
minit sebelum subuh?
a) Sunat.
b) Makruh.
c) Wajib.
3. Adakah
wajib imsak bagi orang musafir yang berbuka puasa apabila sampai ke tempat
tinggalnya (bermastautin/bermukim)?
a) Makruh.
b) Harus.
c) Tidak wajib.
4. Adakah perempuan
yang haid wajib berimsak?
a) Haram.
b) Makruh.
c) Sunat.
5. Kanak-kanak
yang tidak berpuasa dan baligh di siang hari, adakah wajib berimsak dan qada'
puasanya ?
a) Tidak wajib berimsak dan tidak wajib qada'.
b) Wajib
berimsak dan wajib qada’.
c) Harus
berimsak dan wajib qada’.
6. Seseorang
yang keluar dari kampungnya setelah fajar kerana musafir, adakah harus bagi
mereka berbuka puasa?
a) Tidak harus berbuka bahkan wajib disempurnakan puasanya.
b) Harus
berbuka.
c) Haram
berbuka.
7. Apakah
hukum berniat puasa berserta dengan lafaz?.
a) Harus.
b) Sunat.
c) Wajib.
8. Apakah
hukum menggosok gigi di bulan puasa selepas gelincir matahari?.
a) Haram.
b) Sunat.
c) Makruh.
9. Apakah
hukumnya seseorang yang tidak dapat berpuasa pada Ramadan kerana sakit yang
berkekalan dan mati selepasnya?.
a) Tiada
hukum ke atasnya dan begitu juga warisnya.
b) Harus
berpuasa ke atasnya dan perlu mengqada’.
c) Wajib
berpuasa ke atasnya.
10. Adakah
wajib qada' bagi seseorang yang membatalkan puasa sunatnya.
a) Wajib
qada’.
b) Tidak wajib
qada’.
c) Harus
qada’.
II ) TULISKAN PERKATAAN SAH / TIDAK
SAH BAGI RUANG YANG TELAH DISEDIAKAN.
1. Adakah sah
puasa orang yang bersahur yang berat sangkanya, masuk waktu
Subuh.______________
2. Adakah sah
puasa seseorang yang biasanya apabila melihat bangkai dia muntah, tetapi
sengaja dilihatnya?._______________
3. Seseorang
yang terdengar azan Subuh ketika bersahur, adakah sah puasanya?._______________
4. Apakah
hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali
yang dia berpuasa?._________________
5. Adakah sah puasa orang yang berbuka dengan syak masuk waktu
maghrib?.________________
6. Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar._________________
7. Adakah sah puasa bagi orang yang pitam sekejap.__________________
8. Hukum puasa orang yang terkentut dalam air.__________________
9. Adakah
sah puasa orang yang murtad?.________________
10. Adakah
sah puasa bagi kanak-kanak yang mumayyiz tetapi belum baligh
lagi?._________________
III)
JAWAB SOALAN BERIKUT.
1. Nyatakan KEISTIMEWAAN bulan Ramadhan.
a) ___________________________________________________.
b) ___________________________________________________.
c) ___________________________________________________.
2. Berikan makna puasa secara ringkas.
_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.
3. Berikan KEUTAMAAN beramal di bulan Ramadhan.
a) ___________________________________________________.
b) ___________________________________________________.
4. Nyatakan syarat WAJIB puasa.
a) _________________________.
b) _________________________.
c) _________________________.
Langgan:
Catatan (Atom)