RSS

widgets

JOM JAWAB SOALAN KUIZ SEMPENA RAMADHAN !!!!

SOALAN KUIZ TAHAP 1 SEMPENA PROGRAM SEMARAK RAMADHAN 2014

I ) BERKAITAN HUKUM DAN SEBAGAINYA.


1.  Apakah hukum menggosok gigi sebelum gelincir matahari di bulan puasa?
a)      Haram.
b)      Sunat.
c)      Makruh.

    2.  Apakah hukum cabut gigi dan berbekam semasa berpuasa?
a)      Makruh.
b)      Haram.
c)      Harus.

    3. Hukum mencantumkan puasa qadha' dengan puasa sunat.
a)      Sunat.
b)      Harus.
c)      Makruh.

    4.  Berikut adalah golongan yang diizinkan berbuka puasa, KECUALI.
a)      Orang yang sakit.
b)      Orang yang dalam musafir ( berjalan jauh ).
c)      Orang yang sihat dan mampu berpuasa.

    5. Apakah hukum orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sengaja?.
a)      Tidak berdosa.
b)      Berdosa besar.
c)      Tidak mengapa.

6. Antara berikut adalah perkara yang boleh MEMBATALKAN puasa, KECUALI.
a)      Murtad ( keluar dari agama Islam ).
b)      Muntah dengan sengaja.
c)      Menggosok gigi.

      7.  Berikut adalah ADAB ketika berpuasa, KECUALI.
a)      Menjaga penglihatan daripada memandang sesuatu yang tidak patut.
b)      Bersifat dengan sifat Takabbur, Sombong, Jahil, Lalai, Dengki dan Mengumpat.
c)      Menjaga lidah daripada berbohong dan mengumpat, bercakap sia-sia dan bergaduh.

      8.  Pilih kenyataan yang BETUL sahaja.
I)                   Puasa lidah adalah mengelakkan diri daripada berbohong.
II)                Puasa telinga adalah berjaga-jaga daripada mendengar sesuatu yang haram.
III)             Puasa mata adalah berjaga-jaga daripada makan dan minum.
a)      III dan I.
b)      I dan II.
c)      II dan III.

      9. Nyatakan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
a)      Malam nisfu Syaaban.
b)      Malam Lailatul Qadar.
c)      Malam Syawal.

      10.   Berikut adalah KELEBIHAN orang yang berpuasa KECUALI.
a)      Tidak mendapat pahala.
b)      Mendapat pahala yang berlipat ganda.
c)      Meningkatkan keimanan ketaqwaan kepada Allah



II) JAWAB SOALAN BERIKUT



    1. Tuliskan lafaz niat puasa di bulan Ramadhan secara lengkap beserta maknanya.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________.

     2. Bilakah waktu berniat berpuasa?.

__________________________________________________________________________________________________________________________________________.


     3.  Nyatakan syarat SAH puasa.

a)      ___________________________________.
b)      ___________________________________.
c)      ___________________________________.
d)     ___________________________________.


    4. Nyatakan RUKUN puasa.

a)      __________________________________________________________________.
b)      __________________________________________________________________.










  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

JOM KENALI APA ITU ITHINK MAP???


iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.



Kenapa Diadakan Program i-THINK?

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk  melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.


Alat Berfikir Yang Diperkenalkan Dalam Program i-THINK

Peta Pemikiran
Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta pemikiran yang boleh digunakan.


1.  Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.


iThink circle map peta bulatan


2. Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

iThink bubble map peta Buih 


3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

iThink Double bubble map peta Buih Berganda


4. Tree Map (Peta Pokok) 

Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

iThink Tree map peta Pokok


5. Brace Map (Peta Dakap)

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

iThink brace map peta dakap


6. Flow Map (Peta Alir)

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

i-THINK Flow Map Peta Alir


7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

i-THINK Multi flow Map Peta Pelbagai Alir


8. Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

i-THINK Bridge Map Peta Titi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Number One For Me

Video ini menceritakan....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wanita Solehah...


SEINDAH-INDAH PERHIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH...


Siapakah wanita sholehah yang slalu di damba oleh setiap pria, dan bagaimana ciri-cirinya ??

baiklah akan saya ambilkan dari ayat al-qur'an dan tafsir nya tentang siapa dan bagaimana ciri-ciri wanita sholehah ;-)

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ

"Wanita (istri) shalihah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada dikarenakan Allah telah memelihara mereka." (An-Nisa: 34)
Dalam ayat yang mulia di atas disebutkan di antara sifat wanita shalihah adalah taat kepada Allah dan kepada suaminya dalam perkara yang ma'ruf lagi memelihara dirinya ketika suaminya tidak berada di sampingnya.
"Tugas seorang istri adalah menunaikan ketaatan kepada Rabbnya dan taat kepada suaminya, karena itulah Allah berfirman: "Wanita shalihah adalah yang taat," yakni taat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, "Lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada." Yakni taat kepada suami mereka bahkan ketika suaminya tidak ada (sedang bepergian, pen.), dia menjaga suaminya dengan menjaga dirinya dan harta suaminya." (Taisir Al-Karimir Rahman, hal.177)


Ada kisah Ketika Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menghadapi permasalahan dengan istri-istrinya sampai beliau bersumpah tidak akan mencampuri mereka selama sebulan, Allah Subhanahu wa Ta'ala menyatakan kepada Rasul-Nya Shallallahu 'alaihi wa sallam:



عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تآئِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سآئِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا



"Jika sampai Nabi menceraikan kalian, mudah-mudahan Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan istri-istri yang lebih baik daripada kalian, muslimat, mukminat, qanitat, taibat, 'abidat, saihat dari kalangan janda ataupun gadis." (At-Tahrim: 5)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

SELAMAT DATANG KE BLOG ANA.....

Salamz Ukhuwah fillah buat antum semua.. semoga apa yang bakal ana kongsikan mendapat manfaat kita semua.. (^_^)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
 photo f9040ea85b1.gif